Tuesday, 4 November 2014

Awal Adam


Aku tak tahu apa yang akan aku tulis tentang dia, aku mengenalnya jauh sebelum aku mengenal MAR. Namun aku tahu dia datang dari area yang sama dengan MAR. Karekter dan tingkah lakunya tak sama dgn MAR...namun sedikit sebanyak dia mengingatkan aku pada MAR...Aku mengenalnya lebih dulu daripada MAR. Kalau tak silap aku sekitar tahun 2004, namun aku mulai keluar dengan dia dalam tahun 2005, selepas itu kami senyap..membawa haluan masing-masing...dalam tahun 2006, aku dan dia bertemu lagi sekadar untuk makan siang dan main bowling...ehheeh....main bowling yang asyik masuk longkang...selepas itu dia senyap lagi kerana ketika itu dia berada dkt USA..dan aku kehilangan dia seketika, bahkan aku langsung tidak mengingatinya dalam kamus hidupku, namun 2006, aku bertemu dia semula dalam daerahku, tiba-tiba sahaja dia hubungi aku dan berkata dia ada di Tawau...dan malam tahun baru aku sambut bersamanya dalam keadaan yang cuma dia dan aku sahaja tahu apa yang menjadi titik tolak perhubungan ini...Kemudian kami terpisah lagi...dengan istilah lain..masing-masing membawa haluan...2008 dia menghubungi aku lagi...ketika itu aku berada di Kota Kinabalu dan kami keluar makan tengahari...pertemuan kami cuma sekadar makan..sembang menikmati senja yang indah...kami tak pernah meluahkan perasaan masing-masing kerana antara aku dan dia memang tidak ada perasaan yang unik..tak ada perasaan cinta langsung. Cuma bila dia sepi dan kesunyian, aku adalah salah seorang tempatnya untuk bercerita dan aku adalah seorang pendengar yang baik.

Namun, 2009, Ramadhan yang indah...tarikh yang indah...9/9/2009 mengubah segalanya. Perasaan yang cuma biasa-biasa ketika kami bertemu menjadi sangat luar biasa. Mungkin kerana ketika itu dalam bulan Puasa, rahmat dan anugerah tuhan melimpah ruah. Aku dan dia menghabiskan masa bersama dalam bulan Ramadhan, buka puasa bersama..bahkan sahur bersama. Aku tak tahu darimana perasaan itu datang. tiba-tiba aku terikat dengan dia...ikatan yang hanya aku dan dia sahaja tahu. Ketika aku menyedari bahawa aku dan dia tidak mungkin bersama, segalanya telah terlambat...dan aku melarikan diri darinya meski pun hatiku menjerit untuk bersamanya, tetapi aku nafikan semua apa yang ada dalam hatiku...jujur aku cakap, aku memang tidak ingin melihatnya lagi dalam hidupku, bahkan aku ingin membuang semua apa yang pernah ada diantara kami, namun aku gagal dalam usaha menghindari dirinya...katalah taqdir sentiasa mempertemukan kami dalam keadaan yang kami sendiri tidak pernah duga...Dan aku menjadi letih untuk menghindar darinya, kerana dia sentiasa ada bila aku tidak punya sesiapa dalam hidup. Enam bulan lepas kami bertemu lagi..pertemuan yang tidak dirancang, namun sangat memberikan aku sentuhan yang cukup bermakna. Meluangkan masa bersamanya, walau seketika dapat mengubah segala kekusutan jiwaku 18/5/2014 memberikan aku sejuta kenangan yang mungkin sukar aku lupakan...3/11/2014, (sama tarikh aku bersama dgn MAR 2/11/2006-4/11/2006) aku dan dia bertemu lagi atas alasan perniagaan. Dan urusan perniagaan itu terlihat cuma sebagai alasan untuk kami bertemu..berbincang hal perniagaan, namun jauh disudut hati masing-masing perasaan rindu itu berbicara, tetapi seperti yang ku katakan bahawa aku dan dia cuma menyimpan tanpa meluahkan. Hubungan yang unik, namun tuhan sentiasa mempertemuakan kami...meski pun tidak pernah membiarkan kami bersama..dan sebagai seorang KAWAN...aku berusaha untuk menolongnya dalam perniagaan dengan seikhlas yang aku mampu ...Pertemuan singkat yang memberikan impak yang cukup dalam... kerana bila dia berlalu pergi setelah menghantar aku kembali kepejabat, kami masing-masing sepeti sukar untuk melepaskan perasaan sehinggakan bila telah berpisah, perbualan bersambung lagi dalam situasi yang sedikit intim...Entah..apa yang bakal terjadi akan datang..semoga persahabatan ini menjanjikan sesuatu yang baik..
riana67

Monday, 3 November 2014

NOMAD - Tetap Menantimu [Lyric Video]



riana67

JANGAN MUDAH TERBURU-BURU DALAM MENILAI SESEORANG



‘‘JANGAN MUDAH TERBURU-BURU DALAM MENILAI SESEORANG’’
Tapi FAHAMILAH tiap jiwa di sekeliling Kita yang menyimpan cerita kehidupan tak terbayangkan di benak Kita.

[-] Αda air mata dibalik setiap senyuman.
[-] Αda kasih sayang dibalik setiap amarah.
[-] Αda pengorbanan dibalik setiap ketidak peduli.
[-] Αda harapan dibalik setiap kesakitan.
[-] Αda kekecewaan dibalik setiap derai tawa.


Semoga MEMBERIKAN MANFAATt agar kita menjadi manusia dengan rasa maklum yang semakin luas dan bersyukur dengan apa yang telah TUHAN berikan dalam hidup ini.

Ingat Sahabat ...
[-] Kita bukan satu²nya manusia dengan segudang masalah.
Tersenyumlah.
[-] Senyum mampu membasuh setiap luka kita.
Maafkanlah.
[-] Maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit dengan hati kita.

Salam kemaafan utk semua
riana67

Wednesday, 29 October 2014

Aku yg hari ini

Dunia hanya kerja...kerja..kerja...tak ada lagi duniaku seperti dulu...untuk memberikan sesuatu yang manis dalam akhir usiaku...terkadang aku begitu pesimis dalam menanggapi kehidupanku, bahkan terkadang aku amat positive dalam berfikir, namun terkadang aku menjadi paranoid dalam laluan kehidupanku...apa lagi yang aku bisa katakan selain dari bersyukur dgn nikmat yang tuhan berikan padaku..anak-anak semua sudah berkerja...cuma tinggal anak angkatku yang menjadi tanggungjawapku sahaja...aku rindu dgn kehidupanku dahulu...tetapi aku lebih takut menghadapi hari kematianku...begitu banyak dosa yang aku telah lakukan...sujud padaNYA terkadang membuatkan aku begitu kerdil...merindukan seseorang terkadang membuatkan aku kesepian...aku tidak lagi memikirkan cintaku yang hilang..bahkan aku berusaha meninggalkan cintaku yang ada kini..bagiku lelaki menyusahkan diriku, tetapi aku tidak dapat lari dari kehidupan tanpa lelaki...anak-anakku semua lelaki...studentku semua lelaki..biarlah apa yang berlaku tetap berlalu dan yang akan berlaku biarlah berlaku..hatiku tidak lagi bermadah rindu..bahkan kerinduanku pada semua aku pendamkan dan aku nyahkan, namun ingatan pada MAR cukup membuat aku terkedu..aku tahu aku tidak dapat melupakan lelaki ini..namun aku adalah aku..seorang wanita yang tak mungkin akan mengganggu kehidupannya yang harmoni dgn keluarganya...aku sudah merasakan betapa peritnya hidup bersama dengan Mahrin yang ada 2 oarng isteri...aku tidak ingin lagi merasakan pelukan lelaki atas airmata wanita lain...dan sujudku setiap hari memohon padaNYA agar aku menghabiskan sisa-sisa hidupku dgn sempurna dan sesempurna mungkin..aku ingin melengkapkan semua kehidupan ini seperti orang lain, tapi aku tidak mempu untuk mnggapainya tanpa bnatuan sesiapa...dalam doaku seringkali aku panjatkan agar aku bisa mencium BAITULLAH sebelum aku menghempuskan nafas terakhirku kerana sesungguhnya aku adalah HAMBANYA yang sangat berdosa...aku ingin memohon keampunan yang setulusnya dihadapan rumahNYA ...AKU Ingin menjadi tetamuNYA yang AGUNG...dan dalam sujudku kupohon padaNYA agar aku bisa menemukan seorang lelaki yg benar-benar lelaki...yg bukan milik sesiapa..yg bisa menjagaku dengan seikhlasnya tanpa melihat siapa aku yang dulu...dan tanpa menilai siapa aku yang sekarang...aku percaya tuhan sayang padaku dan aku percaya jalan dihadapaku pasti berliku tapi aku mampu mengharunginya dgn IZNINYA...amin...


riana67

Monday, 27 October 2014

samsons kenangan terindah



riana67

merinduimu tanpa nokta....27/10/2007...kamu tinggalkan mama...sedih tak terkata..cuma tuhan yang tahu betapa kehilangan dirimu bagaikan kehilangan seluruh jiwa ini...dan lagu ini mengingatkan mama padamu kerana lagu ini kita seringkali nyanyi bersama...Alfatihah buatmu disana bersama penciptamu...Alfatihah Nurhidayah aisyah anitha Thamrin...

Thursday, 23 October 2014

Monday, 6 October 2014

Perjalanan yang semakin senja

bersama bff
Lama aku tidak update blog ini, aku seakan menidakkan apa yang aku alami selama ini...banyak yang aku cuba sembunyikan dari semua orang, aku tidak ingin apa yang aku rasa menjadi tatapkan semua orang walau pun sebenarnya aku suka untuk menjadi perhatian mereka-mereka yang menjadi pengikut setiaku dalam laman sosial yang begitu setia menanti cerita bahagia dan duka yang aku alami..kini dengan perasaan yang aku ada, aku menjadi penyendiri..dari semua yang di luar sana..enatahlah kenapa..aku seakan ingin lari dari semua namun secara jujurnya aku tidak mampu untuk melakukan semua itu.. Biar pun aku cuba untuk malakonkan semua sandiwara hidup yang aku alami namun secara normalnya aku gagal dalam menghadapi semua itu, justeru itu aku lebih suka diam dari menulis semua ini...cuma dairy harian aku update, biar apa pun pandangan orang yg membaca dairy harian itu, aku tidak mengambil peduli..kerana aku perlu jujur dgn kehidupanku sendiri...Bermula June lepas aku tidak update apa pun dalam sini kecuali copy n paste dari mana-mana email yang aku dapat dari teman-teman bloggerku. Kenapa? kerana aku tidak ingin semua yang aku rasa dan alami menjadi ingatan padaku walau pun sebenarnya aku begitu suka menyimpan semua ini...aku ingin nyatakan pada semua bahawa aku kecundang dan gagal dalam setiap kebersamaanku dgn lelaki yg aku cinta bahkan yang menyintaiku...mungkin silapku, mungkin silapnya juga...Apa lagi yang bisa aku nyatakan selain dari ini...bukankah aku sentiasa gagal dalam perkahwinan...

pinky...!!!
Hari ini hampir berlalu minggu pertama October, bulan yang memberikan aku banyak nostalgia dalam kehidupanku...dalam bulan ini aku mendapat anugerah anak lelaki yg baik budi padaku (28/10/88) yang sentiasa ingin menjadi wira dalam perjuangan hakku sebagai ibundanya..bahkan menjadi musuh yang amat menakutkan buat lelaki yang bergelar ayah padanya..Sentiasa membelaku walau dalam apa situasi pun dan aku cukup bangga dengannya dengan pencapaian akademi dan kerjaya yang dia ada sekarang (walau tidak setinggi mana pun dia mendapat gaji). Menjadi pembela untuk adik-adiknya..dimataku sebagai ibu, aku bangga dengannya...aku tahu dia ada kelemahan namun kelemahan itu aku cuba ignore kerana aku cukup sayang padanya,...dalam bulan ini juga lelaki yang pernah sebantal dan sekatil dgnku menyambut harijadinya semalam (5/10/1961) mantan suamiku..walau pun aku dan dia telah lama berpisah, namun aku tetap wish harijadinya sebagai ayah pada anak-anakku..tanpanya aku tidak mengenal sepak terajang lelaki...tanpanya aku tidak tahu bagaimana melayan seorang lelaki dengan baik..semuanya aku perolehi darinya seawal usiaku 15 tahun (aku nikah dgnnya seawal usia 15 tahun) sifat baik dan buruk yang aku ada dia tahu semua dan aku banyak belajar tentang kehidupan darinya...justeru itu aku tidak memperdulikan sengketa kami, bagiku biarlah aku berfikiran positive ...ye hidup akan bahagia tanpa sengketa...dan yang paling aku tidak dapat lupakan dalam bulan ini anak gadis tunggalku pergi untuk selamanya (27/10/2007) tarikh yang cukup keramat bagiku kerana dalam tarikh itu aku membuang rasa sayang dan cinta pada lelaki yg bergelar suami walau pun aku mencuba untuk menyayanginya..huhuhuu..aku failed, kerana dalam hatiku saat itu(sejak dulu) ada lelaki lain yg sentiasa ada (Mahrin) bahkan aku menjalinkan hubungan dgn MAR...lelaki yg pernah menyentuhku..dan tidak keterlaluan bila kau nyatakan lelaki yg tidak bisa aku lupakan..mungkin kerana dia pernah memberikan aku seribu rasa dalam perjalananku mencari bahagai (walau dia kemungkinan tidak punya rasa padaku)...semuanya dalam bulan October yang indah ini..

juz smile
Aku tinggalkan September yang kelabu, banyak kenangan yang lemparkan dan buang jauh-jauh dari kehidupanku, termasuk hubunganku dengan suami sekarang (masihkah aku isterinya) Mahrin..lelaki yang menjadi pujaanku sejak aku dibangku sekolah..lelaki yang sentiasa ada dihatiku meski pun aku adalah isteri orang selama berpuluh tahun..dia sentiasa ada dalam jiwaku, namun semua aku lempar jauh dari hatiku kerana aku melihat dia bukan lelaki yang boleh menjadi wiraku, cuma boleh menjadi boneka kesayanganku...dan aku gagal menjaga dia dalam jiwaku...aku sayang dia..cinta dia sama seperti dulu tapi aku tidak dapat menerima semua perlakuannya padaku...mungkin aku terlalu banyak meminta perhatian sedangkan dia punya tanggungjawap yang cukup berat (isteri 2...anak 8..woww)...aku sentiasa mengalah demi cintaku padanya..mangalah dalam semua hal..aku tidak pernah menuntut apa pun darinya termasuk sex dan wang...aku melayan diriku dgn caraku sendiri...tapi sampai bila aku bisa bertahan? sampai bila aku menjadi isteri yang setia..sampai dimana aku bisa mempertahankan kesetianku sedangkan diluar sana lelaki-lelaki yang mengejarku senitasa ada disisiku? sampai bila aku bisa bertahan dari godaan lelaki-lelaki yang hidung belang atau lelaki yang memang ikhlas ingin menjadikan aku pasangan mereka...tuhanku aku begitu berat untuk melangkah pergi dari Mahrin tapi aku terpaksa lakukan, kerana aku tidak ingin menjadi isteri yang curang..wanita yang bergelar isteri orang tetapi keluar dan tidur bersama lelaki lain....dan aku tahu dia begitu berat untuk mengambil keputusan sehingga hari ini...dan aku masih mencuba untuk menjadi isteri ,,wanita yang setia pada suami...semoga tuhan menjagaku dari semua azab tersebut...kerana aku tahu..aku punya keinginan sex yang agak menggila saat ini..jujur pada diri sendiri...Aku ingin menjadi diriku sendiri...

mmm...selfie dgn bantal bucuk...
August dan Julai permulaan hubunganku retak dengan suami...retak sudah sekian lama, namun aku mencuba untuk mempertahankan demi hubunganku dgn ibu mertua..tapi kenapa aku perlu memikirkan perasaan orang lain sedangkan kebahagianku tergadai..entahlah dan August, bermulanya aku meminta pada suami secara resmi untuk berpisah...bagiku tidak perlu aku menunggu dan membiarkan masa berlalu..aku tidak memikirkan apa-apa lagi... bagiku sekali aku melangkah kehadapan, aku tidak akan menoleh kebelakang lagi...biarlah...huhuhuhu....dan aku membiarkan hatiku kosong ...kosong..biar pun aku tahu..MAR ada disana..dan aku biarkan semuanya berlalu bagaikan angin...kerana aku cukup tahu MAR takkan memperdulikan aku setelah apa yang aku lakukan padanya...dan dalam salam Aidil Adha, aku mencuba untuk mengucapkan salam kemaafan yang sekian kalinya namun gagal..kerana aku tahu dia memang tidak ingin aku dalam hidupnya...yehhh...esok aku tidak tahu apa bakal yang aku hadapi..kemungkinan saja sesuatu yang aku dambakan selama ini atau sesuatu yang baru bakal aku hadapi..siapa tahu..rahsia tuhan...dan aku bersedia untuk menerima semua dariNYA kerana aku tahu tuhan sentiasa memberikan yg terbaik untukku....Salam Aidil Adha...

riana67
Kembara Tawau
Banting (jalan sultan Abd Samad)
11.15malam
6/10/2014...

Sunday, 24 August 2014

My Boss is the best



Mesti ada yang sengaja nak mengambil kesempatan ekoran kenyataan saya yang dipetik media sepertimana di bawah. Tolong baca sepenuhnya komen saya sebelum mengulas.
Pertama, saya tidak percaya pada paksaan. Sebagai Menteri kita tidak boleh paksa sesiapa yang kerja di kementerian kita untuk menyokong kita. Apatah lagi penjawat awam. Kita kena hormati mereka sebagai profesional dan selagi mereka memberi kerjasama yang baik dan menyokong dasar kerajaan semasa (government of the day) dan tidak membawa apa-apa unsur politik dalam tugasan harian mereka, kita perlu kekalkan hubungan yang mesra dengan mereka.
Ada yang berpendapat bahawa penjawat awam mesti sokong parti kita. Kalau tak sokong parti kita, mereka patut dibekukan laluan kerjaya. Saya rasa ini tidak adil pada penjawat awam. Kita kena hormat prinsip keberkecualian penjawat awam atau civil service neutrality. Tugas mereka berbeza dengan pengangan politik mereka.
Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total. Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang.
Pendekatan saya berbeza. Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela. Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner sokongan kalau itu cuma satu lakonan? Kalau begitu, dalam pilihanraya nanti kita menang sorak, tapi kerajaan tergadai. Tetapi kalau kita menjalankan tugas dengan baik, penuh amanah dan rajin buat kerja, saya yakin mereka akan mempunyai tanggapan yang lebih positif pada kita. Inilah cara yang betul. Bukan politik paksa memaksa yang tidak menghasilkan sokongan hakiki pada kita.
Selepas ini mestilah ada yang cakap "KJ nak promote gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, bla bla bla." Jangan cetek sangat. Saya dah kata, penjawat awam mesti jaga tataetika, kerahsiaan dan segala peraturan perkhidmatan awam. Kalau ada yang bocor maklumat atau yang membawa pegangan politiknya ke pejabat, boleh dan harus diambil tindakan. Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka.
Tiada siapa yang boleh baca hati manusia. Kalau kita paksa orang menyokong kita, tak tentu mereka sokong kita. Hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita.
-----
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi.
Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.
"Jika ada seseorang dari Pakatan yang terbukti lebih berkebolehan, satu-satunya perkata yang saya risaukan ialah maklumat sulit," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan bertema 'Malaysia: Getting On or Getting By' di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, biar apapun fahaman politik yang dipegang, calon tersebut mestilah seseorang yang mampu mendokong amalan beretika di pejabat.
"Saya tidak kisah jika dia tidak menyokong saya atau parti saya. Saya juga boleh terima jika dia tidak sukakan saya tetapi saya tidak boleh terima jika dia membocorkan (maklumat sulit) atau tidak menghormati etika di pejabat.
"Kita tidak menyembunyikan apa-apa tetapi ada sesetengah perkara yang dianggap sensitif dan sesetengah maklumat yang dilihat sulit atas sebab-sebab keselamatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat calon dari Perdana Fellows yang mengkritiknya dalam laman media sosial, namun beliau tetap mengambil mereka bekerja percaya mereka mampu memberi sumbangan kepada negara.
Tambah Khairy, selagi calon-calon tersebut memberi khidmat kepada menteri dan kerajaan yang memerintah, ia dianggap 'sudah cukup baik'.
Anggota Parlimen Rembau itu menjawab soalan sama ada beliau ingin mengambil pelatih politik dari pembangkang sekiranya mereka lebih berkebolehan berbanding pelatih dari Barisan Nasional (BN).
Sidang kemuncak MSLS itu dianjurkan oleh United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students (UKEC).
Individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan...
ASTROAWANI.COM

riana67

Friday, 11 July 2014

Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang 6 bulan



PETALING JAYA: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”


Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya."

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat melayu Perlis terpanggil membuat fatwa ini memandangkan senario yang berlaku di Malaysia kini.

"Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut," jelas Dr Asri.

Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.

Katanya lagi, di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.

"Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat," jelas Mufti Perlis yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Mufti Perlis pada akhir bulan ini.

Menurut Dr Asri, antara Asas Alasan kenapa fatwa ini dibolehkan ialah kerana dlil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami
menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa audaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.

Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu).

Pendapat ini, kata Dr Asri, disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan Fatwa ini ialah untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.

- Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan. - Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

"Dan kesannya pula ialah pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah," jelas Dr Asri.

 copy from email
riana67

Friday, 4 July 2014

MKPN : BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SAHKAN IANYA AMAT BERBAHAYA KEPADA ISLAM,MELAYU DAN BUMIPUTRA.




Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). 
Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.


Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. 
Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis. 


Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? 

Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. 
Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. 
Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang.
Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 
Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen.
Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.
Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.
Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.
Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?
Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?
Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.
Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang-undang itu)

riana67

Monday, 30 June 2014

15 dosa di kepala wanita


1. Tidak bertudung (menutup aurat).

Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

2. Menyambung rambut / memakai sanggul.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. 

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah.(HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatu.


9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)


12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Lihat kenyataan ke-7.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari)(Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

riana67