Monday, 10 March 2014

Cerita hari ini dan hari semalam


Mac bertandang lagi...seperti biasa usiaku bertambah dalam bulan ini...tak ada yg berubah, cuma angka umur semakin tinggi dan kedut diwajah semakin mekar...ehheheh...Ketika aku jauh dari keluarga, ada insan yang sudi menyambut kelahiranku dengan mesra dan manja...siapa lagi kalau bukan kontraktor yang terlibat denganku dan juga pelajar-pelajar yang mesra dengan aku...semua adalah kejutan dan aku sangat berterima kasih pada mereka, syukur pada tuhan kerana aku dapat menjadi sebahagian dari mereka...anak-anakku semua menyambut harijadi aku dengan ucapan dari jauh...ucapan dari seorang suami amat aku nantikan, namun tak kunjung datang sehingga hari ini. Nasib badan...punya suami tapi seakan tidak memiliki...rialiti kehidupanku. kadang aku menjerit dalam diam..menjerit dalam hati, kenapa aku begini, namun kesabaran kadang bertandang dan memujuk diri sendir bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... 7hb. Mac, 2014, usiaku bertambah ke 47. Fuhhh!!! sangat lanjut dan berusia...namun cahaya keimanan, masih belum aku miliki. Demikian juga anak-anakku, berkembang dan semakin jauh, walau pun mereka berpandangan aku yg menjauh...

Dalam kerjayaku, tidaklah merugikan..cuma aku perlu mempersiapkan diri untuk bersara. Aku letih untuk berkerja, rasanya aku cuma ingin meluangkan masa bersama keluarga bercuti bersama mereka. Aku semakin malas untuk berkarya, lagi pun aku tidak mempunyai cerita yang baik untuk aku kisahkan dalam penulisanku. Betapa membosankan kehidupanku hari ini, berbeza dengan hari semalam, kehidupankan yang penuh dengan riang ria dan mewah...hari ini amat jauh berbeza...Begitulah dunia, pasang surut dan berputar.

Apa yang membahagiakan adalah ibu mertuaku menyayangiku dan memahamiku, namun aku tetap berhati-hati dengan semua ini...mana tahu, cuma sandiwara semata. siapa tahu hati orangkan.



riana67

No comments: