Thursday, 24 April 2014

Peringatan Kepada Yang Suka Buang Nasi

 Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.
Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.

Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.

Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.

Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.

Perhatian Kepada Kita Semua.


Sekadar gambar hiasan

Sila habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).

Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.

Saya bercakap utUk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah. Wallahua’lam.
copy from email
riana67

No comments: