Thursday, 24 April 2014

Rindu padamu

 Tiba-tiba rindu itu datang lagi ketika aku hampir melupakan dia dari dairy hidupku. Kenapa dia tak ingin berlalu dari hatiku...apa istimewanya dia sehinggakan aku sukar melupakan nama dan wajahnya dari hatiku...adakah kerana aku dan dia telah melalui satu episod kehidupan yang begitu intim sehinggakan aku begitu bodoh untuk menyimpan dia dalam lubuk hatiku. Bukankah aku telah bertekad untuk menghapus dia dari hatiku sejak aku mula melangkah pergi dari kehidupannya....atau mungkin kerana aku jenis yang begitu setia pada dirinya ketika itu sehinggakan aku tak menoleh kepada orang lain...huhhhh...semuanya serba kemungkinan yang begitu kabur untuk aku jawab...Sebagai insan kerdil, apa lagi yang mampu aku lakukan selain dari merindukan dirinya? Namun rindu padamu membuatkan aku rasa berdosa kerana aku bukanlah wanita seperti dulu lagi..aku milik orang lain...isteri orang.
Merindukan dirimu bererti aku menempah dosa pada suamiku. Suami yang aku idamkan selama ini...suami yang aku hormati selama ini sehinggakan aku menutup pintu hatiku buat sesiapa pun cuma kerana dia, Namun semua apa yang aku lakukan tidak mendapat perhatian dan penghormatan darinya. Baginya aku adalah pemuas nafsu semata (barangkali saja). Aku berusaha untuk tidak menuntut terlalu banyak darinya kerana aku tahu bahawa aku berkongsi kasih, tapi sikapnya amat tidak adil bagiku dan mungkin jalan terakhir yang terbaik bagiku adalah pergi dari kehidupannya dan aku menjalani hidupku berseorangan seperti dulu...Bila keputusan ini aku nekad, rindu itu bertandang buat dirimu...ehheheh...kelihatannya aku bagaikan wanita yang tidak dapat hidup tanpa seorang lelaki kerana aku merindukan kamu yang aku pernah nafikan dalam hatiku. Aku tahu aku bersalah...tapi aku tahu juga...kamu tidak menyintaiku...cuma mengganggapku sebagai wanita murahan...begitu katamu pada mantan suamiku...Heheheh cerita lama yang menjadi mercu tanda perpisahan kita....tapi kenapa aku rindu ye padamu?

Memang sukar menjadi perindu pada orang yang benci dengan kita...apa lagi pada orang yang pernah melontarkan kata-kata nista atas perlakuan kita padanya...lebih-lebih pada orng yang mengganggap kita sebagai perempuan curang...huhhhh.... kita begitu hina dimatanya. Tapi jujur aku katakan bahawa memang dia sentiasa ada dalam hatiku cuma aku mencuba untuk menafikannya kerana aku adalah isteri orang...aku lagi merindukan dia bila perhatian suamiku padaku tidak menjadi agenda utamanya. Risiko yang harus aku bayar dalam memilihnya sebagai suami...risiko yang aku tempuh sendiri sedangkan aku telah melihat kemungkinan yang memang akan berlaku bila aku bersamanya..Semuanya salahku sebenarnya...


Kadang aku terfikir, kenapa aku harus merindukan dia sedangkan aku tidak ada dalam kamus hatinya... kenapa dan kenapa....jawabannya tentunya ada dalam hatiku sendiri...Kadang aku cuba untuk menghubungi dirinya walau aku tahu dia tidak akan memberikan respon. Tapi terkadang dia boleh call aku semula dan sembang seperti dulu....hahhhh...celaru ye...bila dia menghubungiku, aku bagaikan kanak-kanak yang mendapat gula-gula...gembira yang sukar digambarkan padahal cuma satu panggilan biasa yang tidak bermakna pun baginya. Tetapi bagiku cukup bermakna....ehheeh....bodohkan...tapi itulah rindu yang bertandang dalam jiwaku..rindu orang tua...rindu penghujung usia...akhir-akhir ini aku sering sakit..kesihatanku sering terganggu...bila aku sakit, aku sering rindukan dia sebab dulu...dia adalah insan yang sudi untuk menghiburku walau cuma panggilan sesaat dari lautan biru yang entah dimana...hari ini...aku bukan lagi menjadi agenda dalam dairy hariannya...semuanya berpunca dariku yang memang aku sedari.

Rindu padamu...tapi kamu tidak merindukan aku...fakta yang memang aku tahu. tapi biarlah...biarlah rindu ini tersimpan jauh buatmu yang hilang dari hidupku...MAR....nama yang aku tidak akan lupakan...ehheheh...episod hidupku bersamanya bersemadi dalam jiwa ...entah apa yang dia lakukan sekarang...semalam aku mencuba untuk sembang dengannya..tapi katanya dia sibuk...huhuhuhu...aku mencoba untuk memahami tapi aku rasa diperlekehkan...mungkin saja alasan darinya untuk mengelak dari aku...siapa tahukan...hati orang..ehhehe...Sebenarnya aku rindukan suaranya yang lembut dalam tegas..walau dia marah..tapi tone suaranya tetap lembut padaku...ciri-ciri yang memang aku gemar...aku pernah melihat dia memarahi anaknya dihadapanku ketika dia call anak tersebut...dia marah tapi suara tetap lembut. tika itu aku menatapnya tanpa kedip dan hatiku berdetik..untunglah isterinya dan anak-anaknya yang tidak pernah mendengar suaranya yang kasar. Jujur aku nyatakan bahawa aku cemburu dengan isterinya yang memilihki dia seutuhnya...
Merindukan dia memang sakit. Lebih sakit dari yang aku rasa ketika demam dan sakit gigi...tetapi dia tidak tahu kesakitan yang aku rasa...memang dia tidak tahu bahawa aku selalu merindukan dia... dimana dia ketika ini...adakah dia rasakan kerinduku padanya...adakah dia tahu  bahawa aku bagaikan pungguk merindukan dia?

riana67

No comments: