Saturday, 14 June 2014

Demam Bola~~~ World Cup 2014

Sudah dua hari fiesta bola dunia bermula, dari berjuta peminat bola aku adalah antaranya...Aku sebenarnya bukan peminat bola yang fanatik, tetapi bila ada perlawanan besar dan melibatkan nama-nama besar aku adalah peminat yang boleh dikira sebagai fanatik juga. Bersama dengan anak-anak lelakiku kami adalah peminat bola yang memang luar biasa.. Feesta bola semacam ini juga menjadikan hubungan kami anak beranak semakin akrab (dulu kami tengok bola bersama, sekarang ini tak lagi atas kesibukan mereka, maklumlah mereka ada kehidupan sendiri, kerja sendiri dan aku harus faham keadaan ini)..Betullah apa yang orang cakap bahawa sukan itu menyatukan semua bangsa, agama dan fahaman politik.

Dalam kesibukan aku bekerja, aku meluangkan masa (bukan meluangkan, tapi full time) menunggu bola..melihat jadual perlawanan atau sembang dengan kawan semua bab bola...ehhehe...aku seperti lelaki yang lain sedangkan aku perempuan (perempuanlah sangat). Aku lepak dengan kawan-kawan lelaki aku, bergaduh pendapat hanya kerana membela pasukan masing-masing. Keluar dengan student aku cuma untuk lepak melihat bola. Memakai pakaian jersi bola..hehehe.. Bak kata anak kembar perempuanku ' mama ini cerita bab bola macam lelaki'. Mengingat bola dan piala dunia, pastinya mengingatkan aku pada bekas suamiku. Lelaki yang hadir dalam hidupku sejak aku berusia 15 tahun, darinya aku mengenal siapa lelaki dan bagaimana menjadikan lelaki sebagai pelindung, musuh bahkan kekasih atas ranjang atau cuma kekasih untuk menampung kehidupan agar ternampak cantik dan manis dimata orang walau pun diri sendiri rasa macam dalam neraka. Segala-galanya aku pereolehi dari dia, pengalaman bersama dengan lelaki, belajar berkenaan dengan lelaki. Aku menyintai bola pun disebabkan dia. Dia mengajar aku segalanya bab bola dan lelaki (tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa aku banyak belajar kehidupan ini darinya) Dulu bila piala dunia berlangsung, aku dan suami akan membawa anak-anak melihat perlawanan dikedai (restoran yang berhampiran. ketika itu anak-anak tak mengerti lagi apa itu bola) berjudi dengan suami (bertaruh dengan dia, sama ada pasukan pilihan saya menang atau pilihan dia. Dia suka pasukan Brazil dan Argentina, sedangkan saya suka Belanda, German, England dan Japan. Sedangkan pasukan Sepanyol, adalah pilihan kami bersama. Biasanya bila pasukan Sepanyol yang bermain, kami akan lepak dengan kawan-kawan sebab bertaruh atas pasukan tersebut) Pertaruhan antara aku dan bekas suami ketika itu dibayar dengan permainan atas ranjang (hehheh...so sweet kalau teringat..sesiapa yang kalah akan berikan sex yang terbaik. Sesiapa yang menang akan keluarkan duit untuk pergi melancung atau beli sesuatu yang berharga. Kebiasaannya aku menang, dan aku mesti minta tiket penerbangan keluar negara atau beli barang kemas...biasalahkan , perempuan dan bila aku kalah...hehehe...aku terpaksa melayan bekas suami sehinggakan 4-5x semalam dalam sex..wahhh...penat ooo...tapi aku pu lakukan juga sebab selain tanggungjawab aku sebagai isteri, aku pun pengamal sex yang luaar biasa juga..ehheheh...kenangan yang cukup manis dalam kehidupanku bersamanya. Apa yang istimewa dengan game ini, bila pasukan pilihan bekas suamiku menang, dia tidak pula meminta barangan yang mahal atau minta tiket penerbangan keluar negara...cuma dia meminta aku booking bilik hotel dimana-mana sahaja dalam Sabah untuk kami sekeluarga. Biasanya aku yang akan decide dalam hal ini. Bestkan, nostalgia itu.

Piala dunia juga menjadikan aku wanita yang tidak serupa wanita bila menonton perlawanan. Dengan suara yang besar aku turut bersorak bersama dengan lelaki teman bekas suamiku atau pun teman-temanku sendiri. Bahkan ada satu ketika seorang teman bekas suamiku menyintaiku dalam diam tanpa aku tahu kerana sikapku yang simple dan humble, peramah, open minded dalam pergaulan. Ketika itu lelaki itu berfikiran yang aku adalah seorang JANDA dan suami disisiku cuma teman lelakiku....hehehe...bolehnya dia berfikrian seperti itu. Maklumlah aku dan suami bila berada diluar tanpa anak-anak, kami seperti kawan biasa je. Apa lagi bekas suamiku tidak pernah menitik beratkan dalam hal pakaianku, so aku berpakaian seperti anak dara je (sehingga hari ini aku masih lagi berpakaian seperti itu) Aku sebenarnya tidak menyedari lelaki itu menyukaiku, tetapi bekas suamiku menyedari, bila mana lelaki itu memberikan perhatian yang agak istimewa padaku (bagiku bukanlah istimewa sangat). Apa yang aku sedari adalah bila lelaki itu setiap kali kami terjumpa, dia akan pastikan aku semeja dengannya dan membelikan aku coklat. Bahkan bila aku membawa anak-anakku, dia lebih banyak meluangkan masa bersama dengan anakku bahkan membahasakan dirinya sebagai 'papa' pada anak-anakku...itu yang suamiku ketika itu tidak senang duduk. Dan menuduh aku ada hubungan sulit dengan lelak itu sedangkan aku tidak punya perasaan pun dengan lelaki tersebut...Bagiku cemburu tandanya sayang tapi bila dia cemburu buta...rasanya aku kurang terima...

Bola ketika ini amat sepi bagiku tapi tidak mematahkan semangat bola yang aku miliki.tidak pudar walau pun aku terpaksa menonton perlawanan bersendirian. Aku tidak berani untuk lepak dengan sesiapa di Malaya ini. Maklumlah dekat sini, lelaki-lelaki agak kurang ajar. Lagi pun aku menjaga pergaulanku (maklumlah aku isteri orang, walau pun seakan bukan isteri orang) Paling tenat pun aku akan chek in hotel dan tengok bola bersendirian seperti hari ini...Sepi memang sepi namun aku hiburkan diri dengan bola..namun fiesta bola dunia ini mengingatkan aku pada bekas suamiku....merindukan anak-anakku...merindukan nostalgia kami bersama dahulu...walau pun perceraian aku dan daia telah lama berlalu, aku masih menghormati dia, tanpanya aku tidank mengenal dunia aku sekarang...Segalanya darinya dengan izin tuhan, namun jodoh kami  tidak sampai kehujung nyawa, semuanya juga dengan izin tuhan...buat diriku sendiri..selamat menonton bola bersendirian ye....heheheh...

riana67

No comments: