Tuesday, 4 November 2014

Awal Adam


Aku tak tahu apa yang akan aku tulis tentang dia, aku mengenalnya jauh sebelum aku mengenal MAR. Namun aku tahu dia datang dari area yang sama dengan MAR. Karekter dan tingkah lakunya tak sama dgn MAR...namun sedikit sebanyak dia mengingatkan aku pada MAR...Aku mengenalnya lebih dulu daripada MAR. Kalau tak silap aku sekitar tahun 2004, namun aku mulai keluar dengan dia dalam tahun 2005, selepas itu kami senyap..membawa haluan masing-masing...dalam tahun 2006, aku dan dia bertemu lagi sekadar untuk makan siang dan main bowling...ehheeh....main bowling yang asyik masuk longkang...selepas itu dia senyap lagi kerana ketika itu dia berada dkt USA..dan aku kehilangan dia seketika, bahkan aku langsung tidak mengingatinya dalam kamus hidupku, namun 2006, aku bertemu dia semula dalam daerahku, tiba-tiba sahaja dia hubungi aku dan berkata dia ada di Tawau...dan malam tahun baru aku sambut bersamanya dalam keadaan yang cuma dia dan aku sahaja tahu apa yang menjadi titik tolak perhubungan ini...Kemudian kami terpisah lagi...dengan istilah lain..masing-masing membawa haluan...2008 dia menghubungi aku lagi...ketika itu aku berada di Kota Kinabalu dan kami keluar makan tengahari...pertemuan kami cuma sekadar makan..sembang menikmati senja yang indah...kami tak pernah meluahkan perasaan masing-masing kerana antara aku dan dia memang tidak ada perasaan yang unik..tak ada perasaan cinta langsung. Cuma bila dia sepi dan kesunyian, aku adalah salah seorang tempatnya untuk bercerita dan aku adalah seorang pendengar yang baik.

Namun, 2009, Ramadhan yang indah...tarikh yang indah...9/9/2009 mengubah segalanya. Perasaan yang cuma biasa-biasa ketika kami bertemu menjadi sangat luar biasa. Mungkin kerana ketika itu dalam bulan Puasa, rahmat dan anugerah tuhan melimpah ruah. Aku dan dia menghabiskan masa bersama dalam bulan Ramadhan, buka puasa bersama..bahkan sahur bersama. Aku tak tahu darimana perasaan itu datang. tiba-tiba aku terikat dengan dia...ikatan yang hanya aku dan dia sahaja tahu. Ketika aku menyedari bahawa aku dan dia tidak mungkin bersama, segalanya telah terlambat...dan aku melarikan diri darinya meski pun hatiku menjerit untuk bersamanya, tetapi aku nafikan semua apa yang ada dalam hatiku...jujur aku cakap, aku memang tidak ingin melihatnya lagi dalam hidupku, bahkan aku ingin membuang semua apa yang pernah ada diantara kami, namun aku gagal dalam usaha menghindari dirinya...katalah taqdir sentiasa mempertemukan kami dalam keadaan yang kami sendiri tidak pernah duga...Dan aku menjadi letih untuk menghindar darinya, kerana dia sentiasa ada bila aku tidak punya sesiapa dalam hidup. Enam bulan lepas kami bertemu lagi..pertemuan yang tidak dirancang, namun sangat memberikan aku sentuhan yang cukup bermakna. Meluangkan masa bersamanya, walau seketika dapat mengubah segala kekusutan jiwaku 18/5/2014 memberikan aku sejuta kenangan yang mungkin sukar aku lupakan...3/11/2014, (sama tarikh aku bersama dgn MAR 2/11/2006-4/11/2006) aku dan dia bertemu lagi atas alasan perniagaan. Dan urusan perniagaan itu terlihat cuma sebagai alasan untuk kami bertemu..berbincang hal perniagaan, namun jauh disudut hati masing-masing perasaan rindu itu berbicara, tetapi seperti yang ku katakan bahawa aku dan dia cuma menyimpan tanpa meluahkan. Hubungan yang unik, namun tuhan sentiasa mempertemuakan kami...meski pun tidak pernah membiarkan kami bersama..dan sebagai seorang KAWAN...aku berusaha untuk menolongnya dalam perniagaan dengan seikhlas yang aku mampu ...Pertemuan singkat yang memberikan impak yang cukup dalam... kerana bila dia berlalu pergi setelah menghantar aku kembali kepejabat, kami masing-masing sepeti sukar untuk melepaskan perasaan sehinggakan bila telah berpisah, perbualan bersambung lagi dalam situasi yang sedikit intim...Entah..apa yang bakal terjadi akan datang..semoga persahabatan ini menjanjikan sesuatu yang baik..
riana67

No comments: