Tuesday, 6 September 2016

September yang kelabu 2016


Lamanya aku tinggalkan blog ni, sesuatu yang berharga tidak kuceritakan pada duniaku, Kadang aku bertanya pada diriku, kenapa aku masih berada dalam lingkungan hidup ini, pastinya tuhan menempatkan aku disini dengan sebab. Ogos baru sahaja berlalu dan sejak akhir-akhir ini aku nikmati kehidupanku dengan insan yang bernama Meor Azmil Mohd Mansor, suami ke3. Kami bernikah dengan diam tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk anak-anakku. Hidup bersamanya rasanya bahagia, tetapi sebenarnya kurang bahagia, maklumlah dia milik org, suami orang, maksudnya aku bermadu. Dia sangat muda dari aku usia kami jauh berbeza, aku diambang 50 dan dia baru memasuki awal 30, tepatnya dia baru 33. Ironisnya dia menerima aku seadanya, mencintai aku seadanaya, kenapa, jawapan yang aku tidak tahu. Cuma dia yang bisa menjawapnya. Cuma Allah yang tahu kenapa DIA menjodohkan aku dengannya. Seperti biasa aku selalu dihantui dengan bayang-bayang masa laluku. Sejarah hitam hidupku selalu menjadi penghalang hubunganku dengan sesiapa. Mungkin kesakitan yang aku alami sejak dulu membuatkan aku sangat berhati-hati dalam melayari kehidupan ini. Seorang suami yang aku tidak begitu mempercayainya. Simple aku memang tidak begitu mempercayai lelaki sejak kemelut perkahwinanku yang pertama. Sadis memang sadir tetapi itulah aku. 

Usia kebersamaan kami masih tersangat muda, tepatnya baru beberapa bulan yang lalu aku melayari hidup bersamanya, aku bahagia diatas airmata wanita lain. Kejamkah aku? rasanya  tidak..aku cuma menjalani Qada dan Qadar aku yang telah tuhan tentukan, semua ni adalah jodoh. Dan aku tidak perlu menyalahkan diri sendiri, tetapi sebagai wanita dan isteri, aku dapat merasakan kesakitan yang dirasakan oleh maduku. Aku ingin menghentikan semua ini dulu...tetapi..suamiku berkeras untuk menereuskan kehidupan kami bersama. Dan aku akur kerana aku pun memerlukan seorang lelaki dalam hidupku sebagai peneman hari-hariku walau sebenarnya cinta itu memang tidak ada..dan aku merasakan dia pun bersama denganku bukan kerana dia menyayangiku segenap jiwanya, ada faktor lain yang dia inginkan dari aku...apa lagi kalau bukan DUIT. Mungkin dia menyangka aku seroang wanita yang berduit...entahlah...


Sejak bersamanya aku tidak pernah terfikir untuk melihat lelaki lain, hatiku tertutup untuk orang lain. Sedangkan aku tahu aku tidak menyintainya...kebersamaan ini cuma untuk memenuhi kesepian yang aku ada...tepatnya aku tidak ingin orang menilai aku sebagai wanita Janda lagi....
riana67

No comments: