Monday, 23 January 2017

Januari 2017, masa berlalu tanpa henti

Last minggu terakhir dalam Januari 2017, tanpa sedar, masa berlalu. Tapi aku masih disini, tidak berubah, tidak berganjak, usia semakin meningkat , ajal semakin dekat, manun aku masih begini Anak- anak semakin dewasa bahkan akan membina hidup baru bersama pasangan masing-masing. Kelak aku tinggal sendiri, total sendiri. Baru seminggu yang lalu aku bersama ahli keluarga telah menghantar duit hantaran belanja bagi perkawinan anak ke2. Rasa teruja bila nak mendapat famly baru, Menantu yang ke2., harapanku sebagai ibu dan bapa agar perkawinan ini biar kekal sehingga akhir hayat mereka. Pastinya aku mengharapkan kebahagian rumah tangga mereka tanpa melupakan aku, tanpa meminggirkan aku sebagai ibubapa. Aku tidak ingin episod menantu lepas berualang kembali..sadis dan sakit bila diperlakukan oleh orang asing yng menjadi sebahagian hidup kita. Anak-anak mungkin tidak tahu betapa, seorang ibu itu sangat menyayangi menantu mereka. Apa lagi jika menanti itu seorang perempuan.

Kalau dulu aku begitu takur dengan mak mertuaku, tetapi sekarang sangar berbeza, menantu memandang mak mertua sebagai musuh apa lagi jika menantu itu seorang yang berkerjaya dan ada rupa. Namun aku mengharapkan agar bakal menantuku ini bukan seperti itu..riana67