Thursday, 28 June 2018

My new life...


If someone seriously wants to be part of your life, they will seriously make an effort to be in it. No Reasons. No Excuses.










































riana67

Friday, 8 June 2018

Raya yg dilema

Pertama sekali, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelawat blog saya dgn harapan kita sama-sama menjalankan ibadah dgn hati yang ikhlas dan bersyukur kepadaNYA. hari ini tinggal 7 hari lagi untuk menyambut hari raya...alangkah singkatnya dan laju masa berlalu tanpa disedari.. dan tanpa saya sedari, saya telah menjadi isteri org selama 2 bulan lebih..dgn cabaran sebagai isteri kepada lelaki yang seusia anak bujang saya...siapa yang dapat menolak takdir..siapa yang dapat memilih jodoh kita selain semua ini kerjaNYA..Allah..semua anugerah dariNYA..

Menjelang raya ini, aku (mohon membahasakan diri sebagai aku), dalam keadaan yg sukar utk aku ertikan...sepanjang ramadan ini aku tidak pernah lagi bersahur dan berbuka dgn anak-anakku, insan yang sebahagiannya menjadi belahan jiwaku (walau pun mereka beranggapan aku ini emak yg tidak ada guna, emak yang tidak berfungsi pd mereka). Rindu pada mereka tuhan sahaja yg tahu. Semuanya bermula dari perkawinanku atau pernikahanku dgn suami sekarang. Semuanya menyalakan aku, semuanya menghina aku, semuanya tidak menerima lelaki itu sebagai ayah tiri mereka cuma kerana dia sebaya dgn mereka. Salahkah aku dalam hal ini? bukankah jodoh, rezeki ajal, maut pertemuan perpisahan itu kerja Allah...sebagai hambaNya kita tidak mampu untuk menolak. Aku jadi letih dan sedih dgn semua ini sehinggakan aku tidak tahu dimana aku harus menyambut raya kali ini, tidak ada kegembiraan walau pun sepatutnya aku bergembira..dan lelaki yang bergelar suami, cukup sabar menerima keadaan ini walau pun sebenarnya dia tidak tahu bahawa anak-anakku tidak dapat menerima kehadirannya dalam lingkungan hidup kami. Aku kesian dgn dia bkn sebab aku menyintainya melebihi kasih sayangku terhadap anak-anakku, tetapi aku kesian melihat dia, yang mana sanggup menerima aku seadanya walau pun dia terlalu muda...ramai org berpandangan bahawa dia bersamaku kerana harta dan duit...tetapi aku melihat dia bkn sedemikian. Aku bukan wanita yang berharta..jauh sekali berduit..cuma aku ini tidaklah semiskin org miskin...

Raya kali ini memang menyakitkan jiwaku, apa tidaknya, aku jauh dirantau org, ada anak-anak tetapi tidak dapat bersama mereka, ada suami  tetapi aku seakan terasing dek kerana aku merasa segan dan malu dgn budaya baru keluarga suamiku. Aku bersyukur dgn rahmat dan anugerah Allah yg memberikan aku kesempatan melayari hidup berkeluarga sekali lagi, tetapi kenapa aku harus membayar kebahagian ini dgn kehilangan kasih sayang anak-anakku, kehilangan respect mereka kepadaku, Aku sanggup berkorban utk mereka selama ini tetapi mereka menafikan semua pengorbananku dan memperlekehkan aku sedemikian ini...salahkah aku? aku tidak ingin mereka menjadi anak derhaka, aku tidak ingin mereka menyesali sikap mereka. Dengan kerendahan hati yang tuhan kurniakan kepadaku, aku tetap menghubungi mereka walau pun panggilan teleponku tidak dijawap, pesanan ringkas yang aku kirim tidak dibalas, bahkan bila aku berkesempatan chat ngn salah seorang ank-anaku, kami cuma bergaduh dan kata-kata nista yang aku dapat baca. Ya Allah ya tuhanku, aku tidak ingin mereka menjadi derhaka kepadaku, ampunkan mereka ya Allah, bahkan aku telah memaafkan mereka dgn semua ini. Mereka tidak tahu betapa aku tersiksa dgn semua ini. Aku tidak ingin suamiku tahu sikap mereka Aku tidak ingin keluarga suamiku tahu bahawa aku dan anak-anakku dalam konflik. 

Menjelang raya ini ya Allah, bukalah pintu hati anak-anakku//ampunkan dosa-dosa mereka, berikan mereka rezeki yang halal, rezeki yang banyak, hidup yang berkat/. panjangkan umur mereka. bahagiakan mereka...Semoga mereka sedar bahawa aku adalah ibu mereka yang  pernah melahirkan mereka dgn segenap kasih sayang yang aku ada.

riana67

Monday, 16 April 2018

Perkahwinanku 6 April 2018-Anugerah yang tidak terduga

Lebih setahun baru aku kembali update blog pribadiku, setelah sekian lama aku tidak tahu apa yang harus aku hidangkan pada semua (walaupun tidak ramai yang membaca blogku), cerita duka, cerita suka, pengkhianatan dan sebagainya sepanjang tahun lalu aku abaikan, bahkan cerita suka tentang perkahwinan anak  bujangku , Abd. Rahmansyah tidak kukhabarkan pada sesiapa disini, hatiku jadi beku dan rasa fedup dengan kehidupanku yang sentiasa celaru. Sepanjang 2017 tidak satu pun aku ceritakan pada sesiapa walaupun kisahku sebenarnya amat banyak untuk aku simpan sebagai memori, namun aku pendamkan semua.  bagiku, 2017 adalah tahun mati untuk lakaran jiwaku dengan seribu 1 macam peristiwa yang sangan menyentuh jiwa.. Namun bila tertutupnya tirai tahun 2017, dalam sujudku pada Ilahi, aku panjatkan doa dan harapan agar tahun 2018 menjadi tahun yang bermakna bagiku dan menutup tirai hidupku yang sekian lama dalam kesepian. Ternyata, tuhan itu MAHA adil dan sentiasa mendengar keluhan hambaNYA, dalam doaku yang kudus, aku cuma meminta padaNYA  agar tahun ini aku mendapat jodoh yang baik, dari keluarga yang baik, aku tidak kisah siapa dia, latar belakang hidupnya, umurnya, bahkan semua yang ada dengan lelaki itu aku  tidak pandang, asalkan dia boleh menerimaku seikhlas dan sejujurnya dengan usiaku yang begini, Tuhan itu adil, DIA mempertemuakan aku dengan lelaki yang bernama MUHAMMAD IZHAM BIN AZMAN..seorang lelaki yang sederhana, dari keluarga yang sederhana namun punya jiwa dan maruah yang sangat terpuji...aku bukan jatuh cinta dengan lelaki ini tetapi aku jatuh cinta dengan sambutan keluarganya yang cukup memahami diriku dan keadaanku, munkin juga lelaki ini tuhan sudah simpan untukku , 


Awal tahun 2018. tepatnya 7 Januari 2018, aku dan dia bertemua dalam keadaan yang dia tidak mengenali aku, dan aku tidak mengenali dia. Blind date kata orang putih. Kami bertemu di pantai Morib, sekadar untuk melihat wajah, namun siapa sangka dari pertemuan ini, titik permulaan kami menjadi akrab dan menjalin hubungan yang cukup intim. Banyak onak dan duri yang harus aku tempuh dalam mengejar kebahagian, tetapi sepanjang melakar cinta dengan lelaki ini aku, maki hamun darinya, dengan sikapnya yang ramai wanita simpanan, aku jadi terkedu dan hampir putus harapan..namun jodoh kami kuat, dengan segala dugaan yang aku ada, dengan mengorbankan perasaan yang aku miliki, dengan deraian airmata yang aku tumpahkan, akhirnya dia menjadi suamiku yang SAH pada 6 April 2018, tarikh keramat yang tak akan aku lupa dalam usiaku yang senja ini aku bersuamikan seorang lelaki yang sebaya anak-anakku, secara jujurnya semua anakku tidak setuju dengan tindakanku, namun jodoh itu kerja ALLAH, siapa yang boleh melawan kuasaNYA, siapa yang boleh menafikan bahawa, jodoh, pertemuan, rezeki, ajal maut belum ada yang boleh melawannya. Pernikahan yang aku fikir berat sebelah, dimana hampir seluruh keluarga dari pihak emak dan ayahnya hadir, sedangkan aku tidak ada sesiapa yang hadir kecuali adik lelakiku ANASRULLAH bersama isterinya dan bakal besanku merangkap cousinku, namun yang amat aku terharu, kehadirian dua anakku Abd. Rahmansyah dan Shahriansyah, sedangkan Jumansyah tidak hadir bahkan sampai detik ini aku call dan mesej Jumansyah dia tidak reply, walaupun aku tahu dia membaca semua mesej yang aku send. Sedih dan teramata sedih namun aku hadapi kerana ini semua adalah kudratku..Qada dan Qadar dariNya untukku yang sekian lama telah termaktup tanpa sesiapa yang tahu.

Banyak yang aku lalui sepanjang bersamanya walau pun dia adalah lelaki yang aku kenal dalam tempoh yang tidak lama, jiwa melara dengan sikapnya yang memperlekehkan aku, yang tidak mempunyai sedikit pun rasa sayang untukku( kemungkian saja), namun aku tabah menghadapi semua itu dengan sokongan dari keluarganya terutama dari bondanya yang memang sentiasa membelaku bila Izham menyakiti aku. Tuhan mengutuskan dia untuk membelaku. Alhamdulillah ya Allah, tidak ada yang paling aku bersyukur bila maruahku sebagai wanita terbela dengan termaktupnya kami sebagai suami isteri.

Alhamdulillah, kini aku bergelar isteri orang semula setelah hampir 3 tahun aku bersendiri melayari kehidupan, sebagai balu dan janda yang mana status itu menjadikan aku sangat tidak bermaruah dan hina dimata setiap wanita yang memandang jijik padaku bila aku sekadar berbicara dengan suami mereka. Dengan rahmat dariNya, aku menada tangan agar perkahwinanku ini adalah yang terakhir dan hingga keJANNAH. Dan semoga tuhan memberikan aku kesabaran , ketabahan bersuamikan seorang lelaki muda yang sebaya anakku. Semoga aku bukan menjadi wanita pencemburu yang tidak bermaruah. Dan semoga tuhan mengurniakan aku rezeki yang melimpah, halal, dan yang paling penting, semoga aku menjadi seorang isteri yang memahami suami, yang boleh menjadikan dia sejuk memandangku, bahagia bersamaku boleh membimbing aku menjadi isteri dan wanita yang soleha. Itu impianku, impian setiap wanita