
Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu....... "Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih ALLaH kerana mengasihiku" Selepas itu, buka matamu dan senyumlah....
Friday, 30 December 2011
Thursday, 22 December 2011
Saturday, 10 December 2011
BANK DARAH TALI PUSAT (kegunaan dan manfaatnya)
FYI...
Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai
orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang
“matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?
Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?
Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur
tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.
Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara
genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
Apakah “stem cells?
Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan
sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi
kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat”
ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:
Sel Darah Merah
Sel Darah Putih
Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu,
ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti
Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel,
artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Terdapat dua punca utama untuk sel stem:
Sel Stem Dewasa
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel
ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya
agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel Stem Embrionik
Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation)
ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan
moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml
boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil, biasanya kanak kanak.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi
darah periferal termasuk:
Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem
memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius
untuk penderma sumsum tulang.
Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding
dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang
dan dia memerlukan transplantasi.
Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Soalan Lazim Mengenai Bank Tali Pusat/Cord Blood Bank
Apakah tujuan adanya bank darah tali pusat (cord blood bank)? Adakah kerajaan memberi kemudahan
simpanan darah tali pusat?
Kini, tumpuan yang besar diberikan kepada usaha menemui dan memperkembangkan suatu punca tetap
sel yang mampu menjana jenis-jenis sel yang pelbagai. Ia juga bertujuan mengelakkan masalah penolakan
tisu transplantasi (pemindahan).
Sel-sel tersebut yang dikenali sebagai sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan
jenis sel atau tisu dalam badan manusia.
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia
boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti parkinson,
alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid
dan lumpuh saraf tunjang.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira
100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.
Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000
transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan
orang dewasa.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi
darah periferal termasuk:
Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem
memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius
untuk penderma sumsum tulang.
Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding
dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kini, tiada panduan yang rasmi di Malaysia tentang isu kutipan dan penyimpanan darah tali pusat untuk
transplantasi pada masa depan.
Pusat Darah Negara sejak beberapa tahun dahulu telah mengutip dan menyimpan darah tali pusat sebagai
projek Bank Darah Tali Pusat Nasional yang tidak bertujuan mendapat untung. Doktor-doktor boleh melakukan
carian di senarai penderma awam untuk mendapat sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit
sebagai punca alternatif bagi transplantasi sel stem.
Isu ini bertambah rumit dengan adanya bank darah tali pusat swasta yang membuat tuntutan kesihatan tanpa
sokongan fakta perubatan. Akademi Pediatrik Amerika Syarikat memberi amaran bahawa keluarga mudah
terpedaya dengan aktiviti “pemasaran emosi” apabila anak mereka baru lahir.
Kemungkinan untuk seorang anak menghidap suatu penyakit yang memerlukan transplantasi darah tali pusat
masih belum dikenal pasti. Tiada anggaran tepat untuk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri
yang disimpan. Tekaan yang paling hampir untuk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1,000 hingga 1 dalam
200,000 kes. Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amat kecil untuk seseorang menggunakan
sel-selnya yang disimpan.
Petunjuk saintifik untuk kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Keluarga yang mempunyai
penyakit genetik yang boleh dirawat dengan transplantasi sel stem harus mengutip dan menyimpan darah tali
pusat setiap anaknya. Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan
dia memerlukan transplantasi.
Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Penyimpanan darah tali pusat oleh bank tali pusat swasta berdasarkan premis bahawa sel-sel disimpan untuk
digunakan oleh ahli-ahli keluarga dan khususnya untuk anak tersebut sendiri (transplantasi autologus).
Transplantasi autologus menimbulkan masalahnya yang tersendiri kerana sel-sel stem seseorang mungkin tidak
dapat mengubati patologi yang menyebabkan penyakit tersebut. Dalam kes leukemia dan penyakit kongenital
seperti Talasemia dan Anemia Fanconi, memindahkan sel-sel sendiri dengan gen dan struktur imun yang cacat
(dan menjadi punca penyakit tersebut) adalah kurang logik kerana ia akan “memulangkan” penyakit tersebut
kepada diri sendiri.
Jumlah darah tali pusat yang dikutip pada waktu lahir, iaitu 80-100ml memadai untuk bayi atau si anak kecil.
Bilangan sel stem tidak mencukupi sekiranya si bayi memerlukannya pada masa depan di alam remaja dan
dewasa.
Oleh itu, konsep “insurans biologi” yang kerap dipromosikan oleh bank tali pusat swasta tidak tepat dan tidak
kukuh. Perkiraan aktuari menunjukkan bahawa kemungkinan sel-sel tersebut akan digunakan sangat rendah.
Dan juga, keperluan seseorang untuk ditransplantasi dengan darah tali pusatnya sendiri amat kecil.
Sebaliknya, penyimpanan darah tali pusat awam harus diperluaskan bagi kebaikan orang ramai. Kutipan
darah tali pusat yang altrusitik (yang menguntungkan orang ramai) dan pendermaan khusus untuk keluarga
berisiko tinggi harus digalakkan. Bank Darah Tali Pusat Nasional telah ditubuhkan untuk mencapai objektif-
objektif ini tanpa kos. Di samping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang
memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi
genetik).
Info dari (chainz for frenz >>fairlady shania)
Kembara Tawau
Temerloh, Pahang
10/12/2011
gerhana bulan
8.45malam
Sabar adalah kekuatan
Sabar
Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah
ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu
akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan
akan rosak.
-Ali bin abi thalib-
Ketulusan
Akar menjadi penopang sebuah tanaman, gigih mencari air. Menembus tanah yang
keras demi tumbuhnya pohon itu. Ketika pohon tumbuh berdaun rimbun, berbunga
indah, menampilkan elok pada dunia & mendapat pujian. Akar tak pernah iri ia tetap
sembunyi di dalam tanah. Itulah makna dari sebuah ketulusan semoga keikhlasan,
kesabaran & ketulusan selalu menghiasi hati kita.
~Tanpa nama~
Kebijaksanaan hati
Kebijaksanaan tidak akan didapati dari tingginya ilmu, kerana belum tentu orang
yang berilmu tinggi mempunyai kebijaksanaan. Namun kebijaksanaan akan terdapat
di hati yang lapang, hati yang tawadhu’ yang selalu bertafakur sehingga dapat
mengambil hikmah dari setiap kejadian baik yang kecil ataupun yang besar….
~Tanpa nama~
--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
copy from
fairlady shania
(chainz of frenz)
Thursday, 1 December 2011
Kasih Seorang ibu(KEMBARA EMOSI KEM KASIH PPI 2010).wmv
Tentunya cinta seorang ibu jauh lebih mulia tanpa disedari oleh seorang anak, betapa kerapuhan hati kadang merindukan mereka. Siapa pun anak-anak, kasih seorang ibu sentiasa mekar tanpa noktah.
Subscribe to:
Posts (Atom)