Hanya pintu gerbang ini saja yang tinggal.
Itu saja yang boleh dikatakan tentang Penjara Pudu, bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1891 itu ketika ini.
Pelbagai pihak berdebat sebelum ini sama ada wajar atau tidak bangunan tersebut dikekalkan.
Ada yang merasakan sejarah yang tersimpan di dalamya ‘bukan sesuatu yang perlu dikenang atau untuk dipelihara’.
Bahkan Penjara Pudu
tidak pernah pun diiktiraf dalam senarai bangunan warisan oleh
Organisasi Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (Unesco).
Semasa Mynewshub.my ke sana tadi, yang tinggal cuma pintu gerbang dan saki baki sisa runtuhan yang menunggu masa untuk diratakan sepenuhnya.
Mungkin ada pro dan
kontra tentang Penjara Pudu ini, tetapi yang pasti, ia sudah 90 peratus
menyembah bumi untuk ‘memberi peluang’ kepada satu projek pembangunan
berskala tinggi yang akan dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre
(BBCC).
Pembangunan BBCC
di kawasan seluas 7.6 hektar itu akan membabitkan pembinaan 1,100 unit
kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran
kos RM5 bilion.
Projek itu akan
dilaksanakan dalam enam fasa dengan keseluruhan kawasan ruang niaga
540,000 meter persegi dan dijangka siap dalam tempoh hingga lapan tahun
atau pada 2015.
Kerja-kerja pembinaan
dijangka akan selesai sebelum pembinaan Menara Warisan 100 tingkat,
Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (IFC) serta pembangunan semula
Lapangan Terbang Sungai Besi.
Selamat tinggal Penjara Pudu…mungkinlah inilah harga sebuah pembangunan
riana67